
Myvi langgar tembok, wanita cedera terkena serpihan batu
SEREMBAN, 16 Mei – Seorang wanita cedera di bahagian tengkuk apabila terkena serpihan batu tembok selepas sebuah Perodua Myvi dipercayai melanggar tembok di tingkat empat tempat letak kereta Hentian Bas Terminal One, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban Mohammad Idris berkata insiden pelanggaran tembok itu menyebabkan serpihan batu tembok tersebut terjatuh lalu menimpa mangsa.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang dan enam anggota termasuk pegawai dengan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Bagi memastikan kenderaan itu stabil daripada terjatuh dari tingkat berkenaan, kenderaan mangsa ditarik menggunakan kenderaan ‘towing’ dan diserah kepada Majlis Bandaraya Seremban dan polis,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjutnya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
