
MU ‘curi’ satu mata
MELAKA United (MU) berjaya membawa pulang satu mata di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi, selepas terikat 1-1 dengan Selangor.
Walaupun gagal mencatat kemenangan hatrik selepas aksi Liga Super disambung awal bulan ini, namun mata minima yang dibawa pulang itu sekurang-kurangnya berjaya membantu skuad Hang Tuah terus menjauhi zon penyingkiran dan mendekati kedudukan tiga terbaik.
Dalam aksi yang berlangsung dalam hujan renyai itu, anak buah Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu di depan pada minit ke-39 hasil jaringan penyerang import, Uche Agba yang berjaya merembat deras bola menembusi gawang lawan yang dikendali Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Namun, kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila Selangor berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu menerusi Sandro Da Silva.
Di babak kedua, tuan rumah dan pelawat saling berbalas asakan untuk mencari gol kemenangan.
Namun keampuhan benteng pertahanan kedua-dua pasukan membuatkan keputusan tidak berubah sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahab.
Selepas ini, Melaka United bakal menjamu kehadiran Petaling Jaya City FC di Stadium Hang Jebat, Sabtu depan.
Views:
Related


Berita Lain
DUN SARAWAK BUBAR BERKUAT KUASA 26 OKTOBER – ABANG JOHARI
KUCHING 23 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan...
SEBALIK DERITA KANAISEN, ‘YB ALONG’ HADIR BAWA SINAR
ASAHAN 23 Oktober β Ketika dia dalam kelelahan menanggung pelbagai beban dan dunia umpama meminggirkan dirinya, P Kanaisen, 58, menderita...
CSR ZOO MELAKA: BERBAKTI SAMBIL MENIKMATI ALAM
AYER KEROH 23 Oktober β Keluar daripada rutin pejabat untuk menanam pokok, mengecat dan membersihkan persekitaran zoo memberi pengalaman berbeza...
RINDU MASAKAN SARAWAK,Β ROHADATUL BINA PERNIAGAAN AYAM MADU BORNEO DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Bermula dengan kerinduan dan mengidam untuk menjamah ayam madu Borneo mendorong Rohadatul Atsy Abdullah, 45,...
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
PRN MELAKA: βBUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRIβ β AB RAUF
AYER KEROH 23 Oktober β Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai...
