
MU ‘curi’ satu mata
MELAKA United (MU) berjaya membawa pulang satu mata di Stadium UiTM Shah Alam sebentar tadi, selepas terikat 1-1 dengan Selangor.
Walaupun gagal mencatat kemenangan hatrik selepas aksi Liga Super disambung awal bulan ini, namun mata minima yang dibawa pulang itu sekurang-kurangnya berjaya membantu skuad Hang Tuah terus menjauhi zon penyingkiran dan mendekati kedudukan tiga terbaik.
Dalam aksi yang berlangsung dalam hujan renyai itu, anak buah Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu di depan pada minit ke-39 hasil jaringan penyerang import, Uche Agba yang berjaya merembat deras bola menembusi gawang lawan yang dikendali Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.
Namun, kegembiraan itu hanya bertahan seketika apabila Selangor berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas itu menerusi Sandro Da Silva.
Di babak kedua, tuan rumah dan pelawat saling berbalas asakan untuk mencari gol kemenangan.
Namun keampuhan benteng pertahanan kedua-dua pasukan membuatkan keputusan tidak berubah sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abdul Wahab.
Selepas ini, Melaka United bakal menjamu kehadiran Petaling Jaya City FC di Stadium Hang Jebat, Sabtu depan.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
