
Sepanyol sahkan 31 kes cacar monyet
OVIEDO (Sepanyol), 23 Mei – Angka kes cacar monyet atau Monkeypox terus meningkat di Sepanyol, dengan sekurang-kurangnya 31 kes disahkan, dan selebihnya masih dalam siasatan.
Selain Sepanyol, virus itu turut dikesan di beberapa negara di dunia.
Sepanyol kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan, menurut Agensi Anadolu.
Menteri Kesihatan Enrique Ruiz Escudero pada Ahad berkata terdapat 30 kes disahkan dan 40 lagi dalam siasatan.
Pihak berkuasa kesihatan mengesan wabak itu di pusat mandian gay di Madrid dan pusat itu kini ditutup buat sementara waktu untuk membolehkan siasatan dijalankan.
Bagaimanapun, beberapa orang yang disahkan positif virus itu mungkin sudah dijangkiti lebih awal – semasa perayaan Maspalomas Pride di Kepulauan Canary yang berlangsung dari 5 hingga 15 Mei.
Kes itu turut dikesan sekurang-kurangnya di enam lagi wilayah lain.
Semua kes yang disahkan melibatkan lelaki, namun seorang wanita di wilayah Extramadura dilaporkan mengalami simptom yang sama dan kesnya masih disiasat.
Terdahulu, ketua ahli epidemiologi Sepanyol, Fernando Simon berkata penularan virus itu masih terkawal. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...

