
Kes cacar monyet terus dilaporkan di Sepanyol, Kanada, Amerika Syarikat
MADRID, 27 Mei – Jumlah kes cacar monyet di Sepanyol meningkat kepada 84 pada Khamis selepas Kementerian Kesihatan melaporkan 25 lagi kes baharu.
Menurut kementerian, semua yang dijangkiti mengalami “gejala ringan” dan kini menjalani kuarantin di rumah.
Majoriti kes dilaporkan di Madrid selain di Kepulauan Canary, Basque dan Andalusia, lapor Xinhua.
Sementara itu di Kanada, Agensi Kesihatan Awam mengesahkan 10 lagi kes cacar monyet dilaporkan.
Menurut PHAC sebelum ini 16 kes telah dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 26 kes.
“Kemungkinan kes akan meningkat dalam beberapa hari akan datang memandangkan Makmal Mikrobiologi PHAC terus menerima sampel untuk diuji,” menurut PHAC dalam satu kenyataan.
Di Amerika Syarikat pula sembilan kes cacar monyet disahkan di tujuh negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Sembilan kes itu dikesan di California, Florida, Massachusetts, New York, Utah, Virginia dan Washington.
Kes cacar monyet yang menjangkiti manusia kini sudah dilaporkan di lebih 20 negara di dunia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: TERIMA KASIH KETUA MENTERI HARGAI KAMI
DURIAN TUNGGAL 2 November - "Meskipun cuma berjabat tangan dan disapa oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
WRUR: TAHAN SEBAK DENGAR KELUHAN RAKYAT
DURIAN TUNGGAL 2 November - Pemberian kit makanan mengandungi bahan keperluan asas dapur, sedikit sebanyak menceriakan individu hadir berurusan di...
WRUR: BUKAN SEKADAR DENGAR ADUAN RAKYAT, TETAPI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN
DURIAN TUNGGAL 2 November - Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian...
WRUR: DENGAR, SELESAI MASALAH RAKYAT
DURIAN TUNGGAL 2 November - Sebanyak 100 aduan diterima daripada orang ramai pada penganjuran Hari Aduan Rakyat Sempena Program Wakil...
WRUR: KAMPUNG BERINGIN BAKAL JADI PRODUK EKO PELANCONGAN BAHARU MELAKA
DURIAN TUNGGAL 2 November - Kampung Beringin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal bakal dimajukan dan ditransformasikan sebagai lokasi...
‘HEALING ALA BANGSAWAN’, PENGUNJUNG PUAS HATI FASILITI SELESA
BANDARAYA MELAKA 2 November - Panggung Bangsawan Melaka terus mencuri perhatian apabila rata-rata pengunjung menyifatkan fasiliti yang disediakan amat selesa...
