
Melaka United johan e-sukan eMFL
MELAKA United FC mencipta sejarah apabila menjuarai Liga Kejohanan e-Sukan eMFL Liga Super 2022, hari ini.
Ia selepas dua wakilnya RajaBos dan Halowake mengesahkan kejuaraan itu dengan mengumpul keseluruhan 72 mata selepas tamat 34 perlawanan liga.
Pencapaian itu sekali gus melayakkan Melaka United FC ke FIFA Global Series Playoff yang akan berlangsung di Eropah pada 1 hingga 3 Julai depan.
“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kedua-dua wakil ini di atas pencapaian yang membanggakan ini dalam membawa cabaran Melaka United FC sepanjang saingan eMFL Liga Super 2022,” kata kenyataan yang dikeluarkan Melaka United FC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA TABIKA TUNAS ISTIMEWA KEMAS MELAKA MANFAATKAN LEBIH 30 ANAK AUTISME
DUYONG 27 September - Tiga Tabika Tunas Istimewa Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diwujudkan di Melaka sebagai negeri perintis telah...
AI JADI ‘RAKAN’ BELAJAR, BUKAN TEMPAT BERGANTUNG
PENGKALAN BATU 27 September - Perkembangan kecerdasan buatan (AI) perlu dimanfaatkan secara bijak dalam pembelajaran bagi membantu pelajar mendapatkan maklumat...
KEMBANGKAN KEMAHIRAN UNTUK JANA PENDAPATAN, TINGKAT EKONOMI KELUARGA – KM
DUYONG 27 September - Penguasaan kemahiran hasil pelbagai kursus anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu dikembangkan, sekali gus membantu rakyat...
YOUTUBE JADI ‘GURU’, NUR SYAZWANI BERSINAR DI PENTAS DEBAT
SERI NEGERI 27 September - Tidak pernah menyangka penyertaan sulungnya dalam pertandingan debat Bahasa Melayu berakhir dengan kejayaan meraih gelaran...
SIAPA RAKAN STRATEGIK MELAKA? PERTEMUAN BERMULA ESOK – AB RAUF
DUYONG 27 September - Beberapa siri pertemuan akan diadakan bagi menilai calon rakan strategik Barisan Nasional (BN) Melaka sebelum sebarang...
HAMPIR 2,000 TERIMA MANFAAT INISIATIF JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT
PENGKALAN BATU 27 September - Jualan Melaka Sayang Rakyat menjadi inisiatif terbaharu Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan bebanan kos perbelanjaan...

