
KKJS sampaikan bantuan kepada 20 penerima
JASIN 2 Jun – Seramai 20 penerima terdiri dari pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan kakitangan pentadbiran Kolej Komuniti Jasin (KKJS) menerima sumbangan menerusi Program Bakul Ihya’ Ramadhan, baru-baru ini.
Bantuan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah KKJS, Ismail Samsudin berkata, program itu hasil sumbangan dari kakitangan kolej untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
“Bantuan disampaikan ialah barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak masak, gula, tepung gandum serta keperluan asas makanan yang lain.
“Selain membantu golongan memerlukan, ia dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KKJS,” katanya pada MHI.
Beliau dalam masa sama berharap warga kolej terus kekal di rumah, sentiasa menjaga kebersihan diri dan mengikut arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memerangi wabak COVID-19 ini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA BUKA PERMOHONAN INSENTIF KHAS PELANCONGAN, TAWAR DANA SEHINGGA RM10,000
SERI NEGERI 19 Julai - Persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pelancongan, seni, warisan dan budaya di negeri ini...
MELAKA REKOD 277 KES KEMALANGAN TEMPAT KERJA
AYER KEROH 19 Julai - Melaka merekodkan sebanyak 277 kes kemalangan di tempat kerja setakat Januari hingga Jun tahun ini,...
SUNGAI MELAKA BAKAL PECAH DUA REKOD BAHARU
DUYONG 19 Julai - Selepas mencipta rekod penghasilan 50,000 kuih onde-onde tahun lalu, Sungai Melaka sekali lagi bakal menjadi pentas...
PIALA KETUA MENTERI LAMBANG PENGHARGAAN BUAT WIRA MELAKA
SUNGAI UDANG 18 Julai - Sebanyak 16 pasukan badan beruniform termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal berentap dalam Kejohanan Sukan...
2 JIWA 1 HATI SATUKAN 4,000 RAKYAT, TENTERA DALAM SUKAN
SUNGAI UDANG 18 Julai - Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati menjadi medan penyatuan kira-kira 4,000 peserta daripada pelbagai latar...
SUKAN JADI TRADISI BAHARU SATUKAN KELUARGA BESAR MELAKA – KM
SUNGAI UDANG 18 Julai - Lebih 6,000 peserta bakal memeriahkan Kejohanan Sukan 2 Jiwa 1 Hati dan Kejohanan Sukan Badan...

