
Fokus kepada tugas di MOF, tidak fikir isu politik – Tengku Zafrul
PUTRAJAYA, 8 Jun – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau tidak memikirkan isu politik termasuk khabar angin akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor kerana tumpuannya sekarang adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.
“Sekarang ini masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik. Isu yang sedang dihadapi (sekarang) dalam pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis hari raya di sini hari ini mengenai khabar angin bahawa beliau menyasarkan kerusi Parlimen Kuala Selangor sebagai lokasi penampilan sulungnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas tiket UMNO.
Dilaporkan pemilihan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” MOF dan kekerapan turun ke kawasan itu menjadi petanda bahawa Tengku Zafrul akan bertanding di kawasan itu pada PRU15.
Namun ketika ditanya lebih lanjut hasrat beliau untuk bertanding, Tengku Zafrul berkata : “Bukan pada masa ini.”
Kerusi Parlimen Kuala Selangor kini disandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad daripada Amanah, yang sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU15 kerana mahu memberi peluang kepada pemimpin muda Amanah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BINA MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DI 24 LOKASI LIPUTAN LEMAH
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak 24 kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi liptan lemah internet akan dibuna menara...
LIPUTAN 4G SUNGAI RAMBAI CAPAI 100 PERATUS
SERI NEGERI 29 April - Liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai telah mencapai tahap...
PENILAIAN SEMULA PROJEK RINTIS ‘MELAKA FLOATING MARKET’ SECARA HOLISTIK
SERI NEGERI 29 April - Projek pelancongan Melaka Floating Market sedang melalui proses penilaian dan penelitian menyeluruh termasuk melibatkan aspek...
KAMPUNG MASJID BARU KINI ‘BERCAHAYA’
ASAHAN 28 April - Pelbagai projek infrastruktur telah dilaksanakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan dalam...
MELAKA SEDIA PELBAGAI BANTUAN, SOKONGAN BANTU KOPERASI BERKEMBANG
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri komited memperkasa koperasi di negeri ini dengan memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi Bantuan Pemerkasaan...
WRUR AYER KEROH: KONVOI BERMOTOR SUK TINJAU PROJEK NAIK TARAF ZOO MELAKA
AYER KEROH 28 April - Zoo Melaka menjadi antara destinasi persinggahan program Konvoi Bermotor Bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri, hari...
