
Daerah Alor Gajah lokasi perindustrian baharu Melaka – Ab Rauf
PENGKALAN BATU 5 Julai – Daerah Alor Gajah bakal menjadi lokasi perindustrian baharu bagi Melaka, kata EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf berkata, lokasi berkeluasan 4,000 ekar dibangunkan sebagai kawasan perindustrian berdasarkan keyakinan pelabur untuk menjadikan negeri ini sebagai pusat operasi mereka.
“Perkara ini merupakan peluang besar bagi Melaka yang diiktiraf sebagai negeri kelima menerima jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia.
“Sebelum ini kita sudah promosikan Melaka diperingkat antarabangsa dan akan terus menunggu pelaburan untuk masuk,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Menara Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Batu Berendam di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
