Kepakaran PMM perkasa inap desa

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Julai – Politeknik Merlimau (PMM) berkongsi kepakaran bersama pemain industri pelancongan dan hospitaliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan inap desa (homestay) dan Kampung Stay di negeri ini.

Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, PMM punyai kepakaran daripada sudut kejuruteraan elektrik, awam dan mekanikal selain hospitaliti serta pelancongan.

“Semua aspek ini dapat disalurkan menerusi kerja-kerja menaik taraf sistem kunci ‘homestay’, membaiki sistem pendawaian elektrik dan khidmat nasihat pelancongan.

“Bertemakan ‘Politeknik Cemerlang Bersama Komuniti’, saya pasti program sebegini dapat memberi manfaat kepada komuniti khususnya dalam memperkasakan peranan homestay dalam industri pelancongan di negeri ini,” katanya kepada MHI.

Program itu dirasmikan Pengerusi Homestay dan Kampung Stay Negeri Melaka, Datuk Akramuddin Abdul Aziz di Kampung Morten, di sini, 30 Jun lalu.

Norizam berkata, pada program itu PMM turut mengadakan aktiviti pameran produk inovasi yang boleh diaplikasikan kepada komuniti terutama dalam konteks Homestay dan Kampung Stay.

“Kami hadir ke Kampung Morten ini dengan satu matlamat iaitu berkongsi kepakaran dan ingin membantu semua pengusaha untuk lebih efisien dalam menawarkan perkhidmatan penginapan kepada para pelancong,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Centre of Technology (CoT) PMM Surina Nordin berkata beberapa objektif dapat dicapai selain dapat menawarkan kepakaran CoT PMM dalam bidang pelancongan & hospitaliti.

“Program ini selari dengan fungsi CoT PMM iaitu Centre of Tourism & Hospitality (CeTraH), sekali gus menyumbang kepada Negeri Melaka sebagai Negeri Pelancongan yang tersohor di Malaysia mahupun peringkat antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1173
Kongsi :
Previous post Infineon Technologies bekal 25 peratus produk semi konduktor dunia
Next post Daerah Alor Gajah lokasi perindustrian baharu Melaka – Ab Rauf
Ubah saiz-+=