
Martabatkan guru sekolah agama di Melaka
AYER KEROH 22 Sept. – Kerajaan negeri akan berusaha memartabatkan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ke satu tahap yang tinggi di masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan profesion guru agama tidak diperkecilkan dan pada masa sama mengangkat profesion ini setaraf dengan guru sekolah aliran biasa di negeri ini.
Katanya, sehingga kini terdapat seramai 2,039 guru SRA JAIM di Melaka yang telah menabur bakti dalam menurunkan ilmu kepada anak murid.
“Kita ambil maklum segala permasalahan yang berlaku membabitkan guru-guru SRA JAIM sebab kita rasa adalah satu keperluan untuk memartabatkan profesion ini ke satu tahap lebih tinggi.
“Jika kira rasa guru sekolah kebangsaan itu penting, kita mahu guru sekolah agama ini juga dianggap sebegitu dalam meningkatkan pendidikan agama untuk anak-anak kita.
“Jadi dari semasa ke semasa, kerajaan negeri melalui JAIM akan sentiasa memperbaiki kebajikan dan juga senario sekolah-sekolah agama itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 140 guru SRA JAIM cemerlang di seluruh negeri Melaka sepanjang tahun 2019.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: UMNO MELAKA MASIH TUNGGU SENARAI PENUH NAMA CALON
BANDA HILIR 6 Oktober - Barisan calon akan mewakili UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi...
MAIM PERJELAS ISU PENERIMA TULAR, BANTUAN SUDAH DISALUR SEJAK 2016
AYER KEROH 6 Oktober - Tular di media sosial berkaitan seorang wanita yang mendakwa tidak menerima bantuan daripada Majlis Agama...
MICT MAMPU TERIMA 800 KAPAL PERSIARAN, 1.6 JUTA PENUMPANG SETAHUN
BANDA HILIR 6 Oktober - Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dijangka menjadi pintu masuk antarabangsa ke negeri ini menerusi...
PEMBINAAN MICT KEMBALI RANCAK, DIJANGKA SIAP HUJUNG 2027
BANDA HILIR 6 Oktober - Kemajuan projek pembinaan Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka, menunjukkan...
AR-RAHNU X’CHANGE TEROKA PASARAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Potensi pasaran di Melaka mendorong Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) memilih negeri ini sebagai...
PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI TARIK AR-RAHNU X’CHANGE BERTAPAK DI MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober - Melaka menjadi negeri pertama di luar Lembah Klang yang dipilih Rakyat Management Services Sdn. Bhd....
