
Trafik perlahan dari Jasin menghala ke Simpang Ampat
AYER KEROH 11 Julai – Aliran trafik di beberapa lokasi Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS) dari Jasin menghala ke Ayer Keroh bergerak perlahan setakat jam 7.30 malam tadi.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati keadaan aliran trafik itu berikutan jumlah peningkatan kenderaan menghala ke ibu kota selepas orang ramai bercuti sempena Hari Raya Aidiladha.
Kesesakan turut dilaporkan di susur keluar Plaza Tol Jasin menghala Ayer Keroh.
Sementara itu, Hotline Trafik Plus Malaysia di laman Twitter melaporkan, trafik perlahan dari Tangkak menghala ke Jasin.
Turut dilaporkan sesak, aliran trafik dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat.
Kemalangan membabitkan treler terbakar di Kilometer 214 arah utara yang berlaku kira-kira tiga jam lalu selesai setakat jam 7.46 malam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...

