
Klinik Kesihatan Simpang Ampat baharu dibina 2028
SERI NEGERI 27 Julai – Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning bakal menerima Klinik Kesihatan Simpang Ampat baharu yang dijangka dibina pada tahun 2028.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata tanah tambahan bagi pembinaan klinik baharu juga telah dikenal pasti di mukim Taboh Naning.
Katanya, klinik kesihatan itu akan dibina di atas tanah seluar 1.37 hektar dan proses tersebut dijangka selesai pada tahun 2024.
“Status terkini klinik itu masih dalam pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960. Apabila selesai urusan pengambilan tanah, kita akan mengangkat kertas kerja ke peringkat kerajaan Persekutuan untuk meminta peruntukan dan sekiranya lulus dijangka pembinaannya mengambil masa sehingga tiga tahun.
“Dan jangkaan pada tahun 2028 penduduk sekitar DUN Taboh Naning akan menerima klinik baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) mengenai kawasan klinik kesihatan Simpang Ampat yang sudah padat dan klinik tersebut yang sudah tidak mampu menampung pengguna lagi pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...

