
MPJ cantas pokok secara berkala, elak kejadian tidak diingini
SERKAM 9 Ogos – Kerja mencantas pokok secara berkala dilakukan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, khusus membabitkan pengguna jalan raya.
Menerusi laman Facebook Rasmi MPJ hari ini, kerja-kerja penyelenggaraan itu dilakukan di kawasan-kawasan laluan utama seperti di Halal Hab dan seluruh kawasan dikenal pasti sebagai ‘hotspot’.
Menurut hantaran tersebut, kerja-kerja mencantas itu dilakukan oleh Jabatan Landskap dan Perkhidmatan Bandar (JLPB) MPJ.
Terdahulu, pada 5 Ogos, pihak MPJ menerusi JLPB turut melaksanakan kerja-kerja cantasan pokok dan pembersihan awam di Medan Selera Merlimau Point.
“Kebanyakan pokok-pokok ini terlalu rimbun sehingga menghalang cahaya lampu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna, jadi MPJ ambil langkah untuk mencantas.
“Kerja-kerja mencantas ini akan dilaksanakan setiap minggu secara berkala dan ia turut dilaksanakan berdasarkan aduan orang awam,” memetik kenyataan.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...
