
Teka-teki siapa TYT Melaka ke-7 terlerai
AYER KEROH 4 Jun — Teka-teki siapa bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 kini terlerai.
Ini berikutan beberapa keping gambar yang tular hari ini menunjukkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan isterinya Puan Sri Asmah Abdul Rahman bersiap-sedia untuk meninggalkan kediaman mereka sambil doa dibacakan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Mohd Ali, 71, yang berpakaian baju melayu hitam dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk menerima Surat Cara Pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Laporan media sebelum ini menyebut istiadat berkenaan akan berlangsung secara ringkas dengan hanya dihadiri beberapa pemimpin negara dan negeri termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali.
Sejurus selepas itu, Mohd Ali, juga dijangka dianugerahi darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara, anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7 akan diadakan Balai Istiadat, Seri Negeri di sini esok.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...
