
Polis nafi kejadian culik kanak-kanak lelaki di pusat tuisyen
JOHOR BAHRU, 10 September – Polis menafikan berlaku kejadian penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati pesanan mesej yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di daerah ini adalah palsu dan tiada sebarang laporan dibuat mengenai insiden itu.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berada di rumah bersama bapanya.
“Hal ini (perbuatan penyebaran mesej) dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
“Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan.
Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menyebarkan dakwaan sedemikian yang diperoleh daripada sumber tidak sahih.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...
