
Sukma XX: Pencapaian Melaka tetap membanggakan
MESKIPUN tanpa bajet yang besar, kejayaan kontinjen Melaka membawa pulang 17 pingat emas, 11 perak dan 23 gangsa pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Edisi Ke-20 tetap dianggap membanggakan.
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, walaupun sasaran 20 pingat emas tidak dapat dicapai, namun itu bukan bermakna gagal, sebaliknya masih terdapat ruang penambahbaikan di masa akan datang.
“Jika dibandingkan bajet Melaka dengan negeri-negeri besar lain, bagai langit dengan bumi. Melaka merupakan negeri kecil dan bajet yang disediakan juga tidak sebesar seperti Johor, Selangor dan lain-lain.
“Melihat edisi ke-20 tahun ini dengan edisi terdahulu pada 2018, boleh dikatakan prestasi atlet Melaka dilihat semakin baik.
“Kita tidak mahu pandang ke belakang lagi, kini semua atlet telah pun memulakan gerak kerja lebih rapi sebagai persediaan ke Sukma Johor pada 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Larian Obor anjuran Kelab Malacca di Kampung Hailam, di sini, malam tadi.
Pada program tersebut, seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam larian sejauh 13.5 kilometer (km) bermula dari Malacca Club Melaka Raya ke Malacca Club Kampung Hailam, di sini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MPHTJ ARAH PEMAJU HENTI OPERASI SUSULAN BANJIR LUMPUR
AYER KEROH 30 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan kerja pembangunan susulan kejadian...
WRUR AYER KEROH: DEWAN TERBUKA RANCAKKAN AKTIVITI KOMUNITI SUNGAI PUTAT
AYER KEROH 30 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengadakan lawatan kerja bagi meninjau perkembangan pembinaan...
WRUR AYER KEROH: KARYA WARGA SMK MUNSHI ABDULLAH BANGKITKAN SEMANGAT KEPAHLAWANAN
AYER KEROH 30 April - Mural inspirasi bertemakan ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ sentuhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...
KLIK DAN IMBAS: MAIM PERMUDAH KAEDAH BERSEDEKAH SECARA DIGITAL
PENGKALAN BATU 30 April - Hanya dengan satu klik dan imbas kod respon pantas (QR) tertera pada poster anda boleh...
DEKATI HAIWAN EKSOTIK DI MENARA TAMING SARI SABTU INI
AYER KEROH 30 April - Pengunjung singgah ke Menara Taming Sari berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis haiwan...
KOMITMEN BERTERUSAN MELAKA TANGANI RISIKO BANJIR
AYER KEROH 30 April - Komitmen Kerajaan Negeri untuk menangani risiko banjir diterjemahkan menerusi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...

