37 pekerja kilang nyaris maut, bas terbabas masuk gaung

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

DURIAN TUNGGAL 24 September – Seramai 14 pekerja kilang termasuk pemandu bas cedera parah selepas bas kilang yang dinaiki terbabas ke tebing tinggi di Jalan Simpang Gading, Kesang Pajak di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Abu Bakar Katain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, seramai 24 lagi penumpang bas yang juga pekerja kilang mengalami kecederaan ringan.

Katanya, kejadian yang melibatkan pekerja warga Myanmar dan Nepal serta pemandu bas warga tempatan itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

IMG_20220924_234733_485
DURIAN TUNGGAL 24 September – Lokasi kejadian sebuah bas yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di Jalan Simpang Gading-Kesang Pajak, Durian Tunggal. Seramai 38 penumpang termasuk pemandu bas yang terbabit didapati selamat dengan 14 orang mangsa termasuk pemandu bas menerima rawatan di Hospital Jasin. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Insiden itu dipercayai berlaku apabila bas yang membawa pekerja kilang dari Ayer Keroh itu mengalami masalah brek sebelum tiba di asrama pekerja di sini.

“Bas itu kemudian meluncur sejauh kira-kira 150 meter ke tebing jalan dan tersangkut pada pokok sehingga menyebabkan kesemua mangsa terpaksa keluar melalui tingkap dan pintu kecemasan bagi menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

IMG_20220924_233955_426
DURIAN TUNGGAL 24 September – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, kerja-kerja menyelamat mengambil masa kira-kira 45 minit dan kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Jasin, manakala mangsa cedera ringan menerima rawatan di klinik berhampiran.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.57 malam tadi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Jasin Bestari dan Alor Gajah dengan kekuatan 27 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa-manga yang terlibat juga telah keluar dengan bantuan orang awam yang mana bas berkenaan tersangkut kira-kira 50 meter daripada jalan utama,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan yang mengambil pekerja dari sebuah kilang di Ayer Keroh sedang menghala ke asrama pekerja di Durian Tunggal.

Ketika sampai di lokasi kejadian iaitu kawasan menuruni bukit, bas berkenaan telah terbabas sendiri ke gaung berkedalaman anggaran lebih kurang 15 meter.

Katanya, kes disiasat mengikut Sekyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7274
Kongsi :
Previous post Hilux bertembung Alza, Kanak-kanak lima tahun maut
Next post Sukma XX: Pencapaian Melaka tetap membanggakan
Ubah saiz-+=