
Dera kanak-kanak: Jurujual kenderaan, pembantu rumah direman seminggu
JOHOR BAHRU, 4 Oktober – Seorang lelaki dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan sehingga maut di Jalan Ria 2 Taman Skudai di sini dua hari lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman hingga 10 Okt depan terhadap jurujual kenderaan berusia 28 tahun dan wanita berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki yang disyaki mendera kanak-kanak itu merupakan rakan kepada bapa mangsa dan kejadian berlaku di rumah lelaki itu.
Menurutnya, bapa mangsa meminta bantuan suspek lelaki itu untuk menjaga dua anaknya termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.
Menurut Kamarul Zaman, adik mangsa yang berusia setahun dan belum dipastikan jantinanya bagaimanapun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’
TABOH NANING 18 Mei - Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi...
ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
TABOH NANING 18 Mei - Penuntut kursus Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh terus berada dalam zon selesa dengan...
TVET TAHFIZ: MELAKA MAHU LAHIRKAN INSAN BERILMU, BERTEKNOLOGI
TABOH NANING 18 Mei - Lebih banyak peluang akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar tahfiz seluruh Melaka untuk...
MELAKA CADANG KPM TARIK BANTUAN PELAJAR KERAP PONTENG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya supaya menarik balik bantuan persekolahan diberikan...
KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA
TABOH NANING 18 Mei - Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan...

