
Dera kanak-kanak: Jurujual kenderaan, pembantu rumah direman seminggu
JOHOR BAHRU, 4 Oktober – Seorang lelaki dan pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan sehingga maut di Jalan Ria 2 Taman Skudai di sini dua hari lepas, direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman hingga 10 Okt depan terhadap jurujual kenderaan berusia 28 tahun dan wanita berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki yang disyaki mendera kanak-kanak itu merupakan rakan kepada bapa mangsa dan kejadian berlaku di rumah lelaki itu.
Menurutnya, bapa mangsa meminta bantuan suspek lelaki itu untuk menjaga dua anaknya termasuk mangsa sejak tiga bulan lepas.
Menurut Kamarul Zaman, adik mangsa yang berusia setahun dan belum dipastikan jantinanya bagaimanapun, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES SELEWENG, TIPU PENGGUNA DI MELAKA MENURUN TAHUN INI
AYER KEROH 2 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka terus memperkukuh usaha melindungi...
ZIARAH KASIH DUN MACHAP JAYA TIDAK TERHENTI
MACHAP JAYA 2 Oktober - Lebih 800 keluarga telah disantuni penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee...
TVET LAHIR PENCIPTA TEKNOLOGI MESRA ALAM
AYER KEROH 2 Oktober - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam pengendalian mesin...
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...

