
‘Bajet 2023 bukan untuk orang kaya’
ASAHAN 9 Oktober – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan menyelar komen beberapa individu di aplikasi TikTok yang mengecam pembentangan Bajet 2023 dengan menggelarnya ‘Bajet Orang Kaya’, Bajet M40.
Katanya, jika dilihat secara keseluruhan, pembentangan belanjawan itu bersifat telus oleh kerajaan kepada akar umbi.
“Sebgai contoh, kerajaan telah meluaskan skop pemberian bantuan awal persekolahan kepada semua golongan tanpa mengira pendapatan.
“Kedua jika dilihat bajet 2023 itu menyentuh tentang kenaikan gaji semua penjawat awam RM100, di mana hal ini adalah sejarah kakitangan kerajaan menerima laba sebegini banyak.
“Di mana saya melihat bajet ini yang menerima keuntungan adalah rakyat secara keseluruhan, ia bukan bajet orang kaya, ia bajet untuk semua,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Tambahnya, bajet 2023 yang bernilai RM 372.3 bilion itu adalah untuk mengaktifkan semula ekonomi negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA HARI INI TERIMA ANUGERAH CITRA BAHASA 2026 DBP
AYER KEROH 21 Oktober – Komitmen Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan...
‘TIADA LAGI TIDUR-TIDUR AYAM, RISAU RUMAH ROBOH DIBADAI RIBUT’
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Hasil daripada kemajuan dan kepesatan ekonomi Melaka dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk...
MAIM SUMBANG MESIN RUMPUT BANTU ASNAF SARA KELUARGA
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus prihatin dengan nasib asnaf apabila bukan sahaja membantu dalam...
PENJAGA ARTIFAK, WARISAN MELAKA JUGA PERLU SIHAT DAN CERGAS
BANDA HILIR 21 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tidak mahu ketinggalan untuk memupuk amalan budaya hidup sihat dalam kalangan...
MENARA TAMING SARI LEBIH MERIAH BILA ADA ZON BEBAS KENDERAAN
KOTA LAKSAMANA 21 Oktober - Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir berjaya meningkatkan jumlah pengunjung ke Menara Taming Sari...
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...


