
COVID-19: Satu kes dikesan di Masjid Tanah
AYER KEROH 5 Okt. – Seorang lagi individu dikesan positif COVID-19 di Masjid Tanah, menjadikan penambahan satu lagi rekod penularan dicatatkan di negeri ini, hari ini.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman berkata, kes yang direkodkan membabitkan penularan individu yang pulang dari Sabah, baru-baru ini.
Bagaimanapun katanya, ujian pengesanan kontak rapat dan proses siasatan sedang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjejaki penularan yang berlaku di negeri ini.
“Kes yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan individu yang baru pulang dari Sabah dan siasatan masih diteruskan bagi menjejaki kontak rapat ini.
“Kerajaan negeri menasihatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar mengekang penularan yang berlaku.
“Biarpun keputusan yang diambil sewaktu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di dapati negatif individu yang terlibat perlu menjalani kuarantin di rumah.
“Mana-mana indivdu yang baru pulang dari Sabah diminta memandang serius kepada perkara ini dan perlu mengurangkan pergerakan dengan mengambil pendekatan keluar rumah, jika mempunyai keperluan penting,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN, PAS SEPAKAT GERAK KERJA, KONGSI MANIFESTO SAMA – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Barisan Nasional (BN) dan PAS di Melaka mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta berkongsi...
‘JELITA’ BANTU HAMPIR 5,000 WANITA BINA KERJAYA
DURIAN TUNGGAL 29 Oktober - Hampir 5,000 wanita dan siswi kini memiliki kerjaya sendiri hasil daripada inisiatif JELITA sejak diperkenalkan...
BALAU PECAH 3 REKOD, KINI BURU TAKHTA ASEAN
BANDA HILIR 29 Oktober - Kejayaan memenangi tiga pingat emas dengan memecahkan rekod pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026...
PRN MELAKA: BN, PAS SEPAKAT GERAK KERJA, KONGSI MANIFESTO SAMA – AB RAUF
LENDU 29 Oktober – Barisan Nasional (BN) dan PAS di Melaka mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gerak kerja bersama serta berkongsi...
ISTERI TPM, TOK HAMEED SANTUNI ANAK ISTIMEWA AYER LIMAU
AYER LIMAU 28 Oktober - Lebih 150 anak istimewa dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dihimpunkan menerusi Majlis Ramah...
MAIM SALUR RM36,300, SEDIA 11 KOMPUTER UNTUK 9 SRA JAIM
AYER KEROH 28 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan RM36,300 bagi menyediakan 11 unit komputer kepada sembilan Sekolah...
