
Mayat wanita reput ditemukan dalam semak di Ipoh
IPOH, 12 Okt – Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan reput berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun di sini hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata mayat itu ditemukan dalam kawasan semak selepas pihaknya menerima maklumat pada 5.25 pagi tadi mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.
“Semasa anggota polis tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu, mereka telah menjumpai satu mayat reput dalam kawasan semak dengan jarak lebih kurang dua meter dari lokasi kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki itu terbabas.
“Mayat lengkap berpakaian dan didapati tiada kesan kecederaan pada badan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Yusri berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut supaya menghubungi Ketua Balai Polis Tambun Inspektor Josin Amatin di talian 016-2222 491 bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SASAR 150 SAUDARA BAHARU PELUK ISLAM TAHUN INI
BUKIT KATIL 18 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan seramai 150 individu memeluk Islam di negeri ini sepanjang...
MELAKA MAHU PENUNTUT TVET SENTIASA ‘INDUSTRY READY’
TABOH NANING 18 Mei - Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (Proton Institute) memainkan peranan amat penting dalam terus memperkukuhkan lagi...
ANAK TVET MELAKA PERLU JADI PENCETUS INOVASI
TABOH NANING 18 Mei - Penuntut kursus Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh terus berada dalam zon selesa dengan...
TVET TAHFIZ: MELAKA MAHU LAHIRKAN INSAN BERILMU, BERTEKNOLOGI
TABOH NANING 18 Mei - Lebih banyak peluang akan diwujudkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar tahfiz seluruh Melaka untuk...
MELAKA CADANG KPM TARIK BANTUAN PELAJAR KERAP PONTENG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Kerajaan Negeri mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya supaya menarik balik bantuan persekolahan diberikan...
KIKIS PERSEPSI TVET BIDANG PILIHAN KEDUA
TABOH NANING 18 Mei - Pemerkasaan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai bidang pilihan utama bukan sahaja melibatkan proses melahirkan...
