
COVID-19: 691 kes positif direkodkan hari ini
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Sebanyak 691 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan ia angka harian tertinggi penularan wabak berkenaan negara ini.
Menurut Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dari jumlah itu 688 kes merupakan penularan tempatan dan tiga kes merupakan kes import.
Jelasnya, Kedah merekodkan kes baharu tertinggi dengan 397 kes, diikuti Sabah 219 kes, Selangor 38 kes, Perak (8 kes), Negeri Sembilan (7 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4 kes), Johor (6 kes), Sarawak (3 kes), Pulau Pinang (3 kes), Putrajaya (1 kes), Terengganu dan Labuan masing-masing dengan satu kes.
Sementara itu, empat kematian baharu turut direkodkan hari dengan jumlah kumulatif 141 kes kematian direkodkan.
Dalam pada itu, 2,936 kes aktif direkodkan dengan 31 darinya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lapan kes memerlukan bantuan pernafasan.
Turut direkodkan, 87 kes sembuh baharu dengan jumlah kumulatif 10,427 kes sembuh.
Views:
Related


Berita Lain
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
SYIAR ISLAM SUBUR DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Syiar Islam terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur...
PAYA RUMPUT SEDIA AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI
PAYA RUMPUT 14 Februari - Menyedia akses pendidikan berkualiti menjadi antara pencapaian utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
RUMAH PRR UNTUK B40 BAKAL DIBINA DI TAMAN PAYA EMAS
PAYA RUMPUT 14 Februari - Selepas menerima Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menerima...
KEBAJIKAN RAKYAT BUKAN AGENDA BERMUSIM – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Februari - Menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang adalah satu amanah besar bagi...
