Sorting by

×

Mahkota Parade selesai disanitasi

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 6 Okt. – Pusat membeli-belah Pasaraya Mahkota Parade selesai menjalankan proses sanitasi nyah cemar hari ini.

Pengurus Besarnya Mohd Zahiruddin Ahmad berkata, kerja-kerja sanitasi itu dilakukan rentetan seorang lelaki yang didapati melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO), semalam.

“Kita dapati dia (pelaku) hanya memasuki bahagian pusat membeli-belah itu menerusi pintu masuk di Family Store dari ‘basement’, bagaimanapun proses sanitasi sudah dilakukan pagi tadi di bahagian ‘Family Store’ dan seluruh Mahkota Parade.

“Kerja sanitasi dilaksanakan pengurusan Mahkota Parade dan Family Store sendiri memandangkan pelaku tersebut bukan disahkan positif COVID-19, sebaliknya hanya kontak rapat kepada seseorang yang positif COVID-19,” katanya kepada MHI.

Sementara itu, jelas Mohd Zahiruddin, pihaknya akan menguatkuasakan pemeriksaan pengunjung di pintu masuk premis bagi menggelakkan kejadian sama berulang.

“Selepas ini pihak Mahkota Parade akan mengadakan kawalan lebih ketat selain scan My Sejahtera dan cek suhu badan, pengunjung akan diperiksa sama ada memakai ‘gelang pink’ atau tidak.

“Kerja-kerja sanitasi dibuat pada jam 8 pagi dan selesai selepas satu jam bagi memastikan seluruh kawasan Mahkota Parade disanitasi sepenuhnya,” katanya.

Views:

3367
Kongsi :
Previous post COVID-19: 691 kes positif direkodkan hari ini
Next post PRK Batu Sapi akan diadakan bagi isi kekosongan penyandangnya – SPR
Ubah saiz-+=