
Tiada ‘double standard’ dalam mematuhi SOP KKM
KUALA LUMPUR 6 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak ada ‘double standard’ dalam mematuhi arahan kuarantin dan semua pihak termasuk beliau dan menteri tidak terkecuali daripada mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam soal itu.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara telah dua kali menjalani kuarantin di rumah seperti yang ditetapkan KKM, termasuk selepas mengetahui salah seorang menteri Kabinet yang menghadiri mesyuarat dipengerusikannya positif COVID-19.
“Sebagai perdana menteri saya tidak terkecuali tertakluk pada SOP. Ini kali kedua saya jalani kuarantin di rumah sejak pandemik ini melanda.
“Saya mesti patuh pada peraturan yang ditetapkan. Bersama-sama saya jalani kuarantin di rumah ketika ini ialah tujuh menteri dan enam timbalan, semua tidak terkecuali. Mereka mesti patuh kepada peraturan dan tindakan boleh diambil sekiranya mereka ingkar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19 dari kediamannya, yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan laman sosial Facebook hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
MEDIPULIH RANCANG BUKA EMPAT CAWANGAN BAHARU, PERLUAS AKSES PENJAGAAN KESIHATAN
TELOK MAS 30 Jun - MediPulih Melaka merancang untuk membuka sehingga empat lagi cawangan baharu di negeri ini dalam usaha...
URUSAN DENGAN KERAJAAN JADI LEBIH MUDAH MENERUSI HARI ADUAN RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Hari Aduan Rakyat bukan sekadar medium untuk menyuarakan isu setempat, sebaliknya turut dimanfaatkan oleh orang ramai...
