
Banjir: 8 kawasan di Melaka terjejas, 53 mangsa dipindahkan ke PPS
AYER KEROH 23 Oktober – Seramai 53 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air, malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dibuka jam 11 malam tadi bagi menempatkan kesemua mangsa.
“Sehingga jam 8 pagi tadi, sebanyak 14 keluarga direkodkan berada di PPS SK Durian Tunggal, selepas diminta berpindah apabila rumah mereka dinaiki air.
“Kesemua mangsa ini membabitkan penduduk dari empat buah kampung iaitu Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun serta Kampung Bukit Balai,” katanya.
Menurut beliau, selain Alor Gajah, beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin turut terjejas, namun tiada PPS yang dibuka.
“Di Melaka Tengah kawasan terjejas adalah di Kampung Pengkalan Rama Pantai serta Sungai Putat dan di Jasin pula Batang Melaka serta Gapis.
“Pemantauan berterusan kini dilakukan pihak APM bagi memantau paras air di selain keselamatan penduduk,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...
PERLUMBAAN PERAHU NAGA ANGKAT SUNGAI MELAKA DESTINASI BERPRESTIJ SUKAN AIR
BANDA HILIR 28 Jun - Sungai Melaka terus membuktikan keupayaannya sebagai destinasi berprestij acara sukan air bertaraf antarabangsa apabila berjaya...
INDUSTRI NANAS MELAKA TERUS BERKEMBANG
BANDA HILIR 28 Jun - Industri nanas di Melaka terus mencatat perkembangan memberangsangkan apabila keluasan tanaman komoditi itu meningkat lebih...
1,000 PESERTA MERIAHKAN KARNIVAL CERIA SIMPAN SSPN
BANDARAYA MELAKA 28 Jun - Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026 berlangsung dalam suasana meriah dengan penglibatan kira-kira 1,000 orang...
