Melaka rangkul tiga anugerah emas pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SARAWAK 23 Oktober – Melaka merangkul tiga Anugerah Emas pada Malam Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), malam tadi.

Pengiktirafan terbesar yang dirangkul ialah Gold Award World Tourism Heritage yang diterima Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis mewakili Kerajaan Negeri Melaka.

Selain itu, dua lagi produk pelancongan Melaka turut meraih Anugerah Emas iaitu Homestay Ayer Limau dan Majestic Hotel Resort Melaka.

Homestay Ayer Limau merangkul Gold Award Homestay Programme, manakala Majestic Hotel Resort Melaka meraih Gold Award Heritage Resort pada majlis itu.

Tourism Melaka dalam satu kenyataan berkata, kejayaan itu merupakan kejayaan bersama semua penggiat industri pelancongan di Melaka.

“Penggiat pelancongan sama ada di pihak agensi kerajaan mahupun swasta telah bersama-sama berganding bahu memulihkan aktiviti pelancongan selepas pandemik COVID-19 dalam memastikan pelancongan Negeri Melaka terus maju dan unggul di mata dunia,” kata kenyataan itu.

Majlis penganugerahan itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Untuk rekod, Majlis Anugerah Emas MTC diadakan pada setiap tahun bagi memberi penghargaan dan penghormatan tertinggi kepada ‘adiwira’ industri pelancongan sama ada individu atau organisasi yang memainkan peranan penting dalam kejayaan industri pelancongan di negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3380
Kongsi :
Previous post Banjir: 8 kawasan di Melaka terjejas, 53 mangsa dipindahkan ke PPS
Next post Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 57 orang
Ubah saiz-+=