
Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 57 orang
AYER KEROH 23 Oktober – Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 57 orang setakat 12 tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, kesemua mangsa itu merupakan penduduk di daerah Alor Gajah yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.
“Setakat tengah hari ini, jumlah mangsa meningkat kepada 57 berbanding 53 pagi tadi.
“Jumlah itu membabitkan 15 keluarga dari empat buah kampung iaitu Kampung Gadek, Kampung Punggur, Kampung Bukit Tambun dan Kampung Bukit Balai,” katanya.
Menurut beliau, daerah Melaka Tengah dan Jasin turut terkesan dengan banjir susulan hujan lebat dan ribut petir bermula lewat petang semalam.
Namun, katanya, tiada lagi PPS dibuka di dua daerah itu setakat hari ini.
“Di Melaka Tengah kawasan terjejas adalah di Kampung Pengkalan Rama Pantai serta Sungai Putat dan di Jasin pula Batang Melaka serta Gapis.
“Pemantauan berterusan kini dilakukan pihak APM bagi memantau paras air di selain keselamatan penduduk,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 30,000 DIJANGKA HADIR MELAKA BERSELAWAT
PENGKALAN BATU 27 Ogos - Lebih 30,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis ilmu Melaka Berselawat bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69...
WIFI PERCUMA: KAMPUNG ORANG ASLI TIDAK TERPINGGIR DARIPADA ARUS PENDIGITALAN
MACHAP JAYA 27 Ogos - Perkhidmatan WiFi percuma untuk Kampung Orang Asli seluruh Melaka antara berita gembira diumumkan Ketua Menteri...
50,000 DIJANGKA SERBU KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA 4 HINGGA 6 SEPTEMBER INI
SERI NEGERI 27 Ogos - Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),...
MELAKA SHOWCASE ANGKAT JENAMA 64 USAHAWAN KE PASARAN KL
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 64 usahawan Melaka diberi peluang memperluas pasaran dan meningkatkan jualan menerusi penganjuran Melaka Showcase...
SEMBILAN BERADIK YATIM PIATU, MAIM PASTIKAN KEBAJIKAN TERJAMIN
JASIN 27 Ogos - Nasib sembilan beradik yatim piatu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang tampil memastikan kebajikan...
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos - Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI...
