
Bomba selamatkan OKU warga emas terperangkap dalam banjir
BATU BERENDAM 15 November – Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan warga emas juga orang kurang upaya (OKU) terperangkap di kediamannya yang dinaiki air di Taman Thamby Chik Karim, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang juga Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Zahrul Azha Mokhtar berkata, lelaki berusia 73 tahun adalah pesakit terlantar akibat masalah angin ahmar.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 pagi dan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Ketika kami sampai kediaman warga emas itu dinaiki air setinggi 0.5 meter.
“Warga emas terbabit dipindahkan menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Japerun Melaka Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dalam kes berasingan pihaknya turut membantu memindahkan seorang kanak-kanak autisme dan ahli keluarganya ke PPS Japerun Melaka Baru.
Jelasnya, dalam operasi terbabit pihak bomba turut menggerakkan satu trak dan kenderaan pacuan empat roda.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI PERTAMA, RIDHWAN DENGAR ‘SUARA’ SEKOLAH DAN JABATAN PENDIDIKAN
SERI NEGERI 23 November - Memahami keperluan sekolah serta menyelaraskan gerak kerja bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka menjadi antara...
MELAKA PASTIKAN HAK PEKERJA ISLAM TUNAI SOLAT JUMAAT TERPELIHARA
AYER KEROH 23 November - Kerajaan Negeri memastikan hak pekerja Islam di Melaka untuk menunaikan solat Jumaat terus diberi perhatian,...
CALON SPM HARI INI, PEMIMPIN MELAKA MASA DEPAN
KLEBANG 23 November - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini berpotensi menjadi pemimpin negeri pada masa depan, termasuk menggalas...
RAIS INGATKAN BATAS ISU AGAMA, PERMOHONAN MAAF BELUM CUKUP REDAKAN POLEMIK
AYER KEROH 23 November - Pemimpin politik diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membangkitkan isu sensitif bagi mengelakkan kenyataan atau hantaran...
‘PELUANG PEKERJAAN, MASA DEPAN ANAK MELAKA JADI TANGGUNGJAWAB SAYA’
KLEBANG 23 November - Penyediaan peluang pekerjaan dan kemudahan pendidikan untuk generasi muda merupakan antara tanggungjawab kerajaan dalam memastikan anak...
JANGAN ANGGAP GURU MUSUH, TEGURAN MEREKA DEMI MASA DEPAN – AB RAUF
KLEBANG 23 November - Pelajar di negeri ini diingatkan supaya tidak menganggap teguran dan ketegasan guru sebagai satu bentuk permusuhan,...
