
Bukit Katil catat satu lagi kes positif COVID-19
AYER KEROH 12 Okt. – Bukit Katil di Daerah Melaka Tengah mencatat satu lagi kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan keseluruhan empat kes sedang dirawat dan menjalani kuarantin di mukim berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, satu kes terbaharu itu merupakan kontak rapat yang sama dengan tiga kes yang dicatatkan semalam.
Jelasnya, kesemua mereka merupakan kontak rapat kepada individu yang baru pulang dari Sabah dan disahkan positif COVID-19 sebelum ini.
“Ya, kes terbaharu itu merupakan dari kes yang sama dicatatkan di Bukit Katil semalam hasil dari saringan kontak rapat individu pulang dari Sabah.
“Kalau diikutkan kes tersebut sudah dimasukkan ke hospital petang semalam, namun datanya dikira pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Mengikut rekod yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, sehingga kini terdapat 10 kes aktif COVID-19 di negeri ini, merangkumi satu kes di Daerah Alor Gajah, dua kes di Daerah Jasin dan baki tujuh lagi kes di Daerah Melaka Tengah.
Orang ramai dinasihatkan untuk menghubungi talian CPRC Negeri Melaka di talian 06-2345999 untuk keterangan lanjut mengenai maklumat pesakit atau melalui ‘hotspot tracker’ di aplikasi MySejahtera.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MILIKI 29 TAPAK WARISAN GEOLOGI
TELOK MAS 1 Julai - Sebanyak 29 tapak warisan geologi yang dikenal pasti di seluruh negeri ini bakal menjadi produk...
INISIATIF MPJ KURANGKAN BIROKRASI PEMBANGUNAN TANAH RIZAB DAPAT PENGIKTIRAFAN
JASIN 1 Julai – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memperkasakan pembangunan komuniti membuahkan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH
AYER KEROH 1 Julai - Sebanyak 30 acara berbentuk sukan, rekreasi, warisan dan kebudayaan mewarnai Festival Sungai Melaka 2026 yang...
16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA
BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir...
PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
SERKAM 1 Julai - Komitmen untuk membudayakan amalan penjagaan gigi agar bersih, bersinar dan senyuman yang lebih berseri dalam kalangan...
KESIDANG LAHIR BELIA BERKUALITI DENGAN SUKAN
KESIDANG 1 Julai - Pelbagai kemudahan sukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang terus dinaik taraf bagi menyediakan ruang rekreasi...

