
Tanah runtuh: Operasi SAR sembilan mangsa diteruskan
BATANG KALI, 18 Dis – Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, diteruskan hari ini.
Operasi disambung 9 pagi selepas ditamatkan pada 4 pagi tadi, melibatkan sejumlah anggota penyelamat daripada pelbagai agensi selain menggunakan khidmat anjing pengesan serta jentera berat untuk mencari mangsa tertimbus.
Kawasan pencarian pula dipercayai masih ditumpukan di ketiga-tiga sektor iaitu sektor A (kem Hillview), sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).
Keadaan cuaca hari ini cerah dengan pengamal media dari pelbagai agensi turut mula berkampung sejak 7 pagi di lokasi kejadian.
Setakat petang semalam, seramai 24 mangsa telah disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.
Dalam kejadian sekitar 2.42 pagi Jumaat, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter telah menimpa tapak perkhemahan itu, di Jalan Genting-Batang Kali di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
UNDI AWAL KAYU PENGUKUR MOMENTUM SOKONGAN PRN MELAKA – AB RAUF
MACHAP JAYA 9 November - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 disifatkan sebagai kayu pengukur kepada momentum...
PRN MELAKA: MCA TIDAK AKAN TINGGALKAN MASYARAKAT CINA
BANDA HILIR 9 November - MCA tidak akan mengundur diri daripada memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina di Melaka meskipun terpaksa bertanding...
MACHAP JAYA YAKIN MAMPU SUMBANG KEMENANGAN BESAR BUAT BN
MACHAP JAYA 9 November - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menyumbang kemenangan besar di N.08 Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...
PRN MELAKA: CALON PN AYER KEROH UBAH STRATEGI DEKATI ‘GEN Z’
BUKIT KATIL 9 November - Pendekatan kempen secara konvensional dilihat semakin mencabar untuk mendekati pengundi muda khususnya Generasi Z (Gen...
