
COVID-19: Lebih 50 jangkitan babitkan pesakit di hospital di Busan, Korea Selatan dilaporkan
BUSAN 14 Okt. – Lebih 50 pesakit dan pekerja di sebuah hospital kejururawatan di Busan didiagnosis dengan COVID-19, kata pihak berkuasa perbandaran pada Rabu, lapor agensi berita Yonhap.
Pihak berkuasa berkata 43 pesakit dan sembilan kakitangan hospital di kejiranan Mandeok didapati positif dan seorang daripada pesakit meninggal dunia.
Jangkitan itu dikesan selepas seorang pembantu jururawat berusia 50-an disahkan dijangkiti virus berkenaan pada Selasa, mendorong pihak berkuasa melakukan ujian saringan kepada semua 262 pesakit dan kakitangan.
Jangkitan kembali menular beberapa hari selepas kerajaan Korea Selatan melonggarkan peraturan penjarakan sosial daripada Tahap Dua ke Tahap Satu. Busan, kota kedua terbesar di Korea Selatan dengan populasi 3.4 juta, setakat ini melaporkan 486 kes dan empat kematian.
Menurut pihak berkuasa Hospital Kejururawatan Haeddeurak adalah kluster jangkitan terbesar pernah berlaku di Busan.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kes COVID-19 kembali dilaporkan di banyak lokasi di Maedeok, termasuk restoran, rumah mandi dan kolam renang, mendorong pihak perbandaran menutup 18 taman awam di daerah itu pada 1 Oktober.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
59 WARGA ASING DITAHAN DALAM SERBUAN DI TAPAK PEMBINAAN
BUKIT KATIL 12 Ogos – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menahan 59 warga asing dalam serbuan Ops Kutip di tapak...
JELAJAH KETUA MENTERI: KREATIVITI ADUN SERLAH KEUNIKAN SETIAP DUN
REMBIA 12 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang kini sudah menjelajah 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) terus mencapai...
DATARAN NIAGA BAHARU JADI HAB KUIH TRADISIONAL TELOK MAS
TELOK MAS 12 Ogos - Satu dataran niaga baharu sedang dibangunkan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah...
‘CANTIQ’ TAWAR RAWATAN ESTETIK IKUT KEPERLUAN KULIT
BANDARAYA MELAKA 12 Ogos - Keinginan memiliki kulit sihat, wajah lebih segar dan penampilan yang tampak lebih muda mendorong semakin...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...

