
Air pasang besar: 38 lagi rumah roboh di Kampung Forest
SANDAKAN, 26 Disember – Sebanyak 38 lagi rumah atas air di Kampung Forest di sini roboh akibat fenomena air pasang sejak malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata sehingga 10 pagi tadi, terdapat pertambahan jumlah rumah roboh akibat fenomena berkenaan kepada angka sah iaitu 70 yang direkodkan semalam susulan kejadian malam Sabtu (24 Dis) lepas.
“Pada pagi tadi, kita kenal pasti sebanyak 38 buah rumah telah roboh, menjadikan jumlah keseluruhan 108 buah rumah.
“Kemudian, di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2 telah meningkat menjadikan jumlah 684 orang,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Forest di sini hari ini.
Abdul Fuad bersyukur ramai penduduk yang tinggal di pesisir pantai akur kepada nasihat pasukan keselamatan untuk meninggalkan rumah malam tadi sehingga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Beliau sekali lagi mengulangi nasihat sama kerana dijangkakan air pasang besar akan berlaku lagi malam ini.
“Sepertimana semalam, kita telah plotkan beberapa kenderaan dan juga pegawai serta anggota untuk memindahkan lebih awal penduduk yang berada di perumahan pesisir pantai,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GELANGGANG SUKAN JADI MEDIUM PERKUKUH PERPADUAN
LENDU 5 Disember - Gelanggang sukan menjadi medium untuk menyuburkan lagi perpaduan dan menyemai semangat bersatu hati dalam kalangan komuniti...
95 GENERASI KEDUA FELDA KINI MILIKI TANAH SENDIRI, TERIMA KELULUSAN PTK
ASAHAN 5 Disember - Kerajaan Negeri Melaka menyerahkan 95 Surat Kelulusan Permohonan Tanah Kerajaan (PTK) beserta Notis 5A kepada generasi...
500 PELAJAR B40, 500 OKU TERIMA MANFAAT LESEN MOTOSIKAL PERCUMA
AYER KEROH 5 Disember - Seramai 500 pelajar dalam kalangan keluarga B40 dan 500 golongan Orang Kurang Upaya di negeri...
SEWA PREMIS PERCUMA SEBULAN ‘HADIAH’ UNTUK PENIAGA MELAKA
SERI NEGERI 5 Disember - Golongan peniaga di Melaka menerima 'hadiah' daripada Kerajaan Negeri dengan pemberian sewaan percuma selama sebulan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 BELA KEBAJIKAN NELAYAN
SERI NEGERI 5 Disember – Kebajikan golongan nelayan terus diperkasa melalui pelaksanaan pelbagai program strategik bagi menjamin kelangsungan dan keterjaminan...
KURANGKAN RISIKO UNIT TIDAK TERJUAL, PR1MA PARIT MELANA DIHENTIKAN
SERI NEGERI 5 Disember - Projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Parit Melana terpaksa dihentikan bagi mengurangkan risiko unit tidak...
