
Tiga terlibat kes khianat api, simbah cat ditahan di Kulai
JOHOR BAHRU, 12 Jan – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes khianat api dan simbah cat di sekitar Kulai, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata suspek berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun itu, ditahan dalam tiga serbuan berasingan di lokasi berbeza di Seri Alam dan Johor Bahru, sekitar 9 pagi hingga 2.30 petang.
Beliau berkata dalam serbuan di premis kediaman dan tepi jalan tersebut, polis turut merampas sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan bagi kegiatan khianat dengan api dan simbah cat.
“Soal siasat awal ke atas kesemua yang ditangkap mengakui telah mengambil upah membaling cat dan ‘molotov cocktail’ (bom petrol) di sekitar kawasan Kulai.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat penglibatan mereka dalam lain-lain kes jenayah di dalam dan luar daerah Kulai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tok berkata kesemua mereka mengaku menerima upah sebanyak RM1,300 seorang untuk membaling cat di dua alamat serta membaling molotov cocktail di satu alamat.
Beliau berkata kesemua mereka tiada rekod jenayah dan kini direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM LEGAKAN KESEMPITAN IBU BAPA B40
SUNGAI UDANG 17 Disember - Bantuan persiapan persekolahan disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membawa makna besar...
142 MURID TADIKA JAIM CEMERLANG DIRAIKAN
PENGKALAN BATU 17 Disember - Seramai 142 anak cilik Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diraikan atas pencapaian cemerlang akademik...
2,000 PELAJAR ASNAF PARLIMEN TANGGA BATU TERIMA BANTUAN SEKOLAH
SUNGAI UDANG 16 Disember - Lebih 2,000 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf di Parlimen Tangga Batu menerima bantuan persekolahan...
DR. MASSILA DINOBAT TOKOH KEPIMPINAN AI UNGGUL BERTARAF DUNIA
DURIAN TUNGGAL 16 Disember - Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dinobatkan tokoh...
3,000 PELAJAR MELAKA KERAP PONTENG BERISIKO DITARIK KELAYAKAN TERIMA BANTUAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menarik semula bantuan persekolahan kepada 3,000 orang pelajar Melaka yang...
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi...
