
MATTA Melaka sasar tingkat promosi pakej ‘island hopping’
AYER KEROH 6 Februari – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka mahu menjadikan aktiviti ‘island hopping’ sebagai produk pelancongan yang akan dimasukkan ke dalam kempen Tahun Melawat Melaka 2024.
Presidennya Goh Hock Gin berkata sehingga kini persatuannya aktif menjalankan aktiviti itu di Pulau Besar dengan menawarkan pakej-pakej serta promosi menarik.
“Ini salah satu produk MATTA yang sudah diwujudkan di Pulau Besar cuma tidak dipromosikan, sebab itu kita mahu fokuskan ia sebagai produk pelancongan baharu Melaka.
“Ramai pelancong suka aktiviti begini kerana Melaka mempunyai pulau yang cantik, cuma buat masa ini kita bersama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka cuba selesaikan isu pengangkutan (bot) ke Pulau Besar,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Hock Gin berkata pihaknya juga sedang mencari produk-produk baharu yang turut memberikan manfaat kepada golongan B40.
“Kita mahu golongan ini juga dapat merasai produk pelancongan yang ada di Melaka, selepas ini mana-mana golongan kurang mampu juga layak untuk mendapatkan pakej bercuti di negeri ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WANITA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH KERETA DI JALAN UJONG PASIR
TELOK MAS 5 Mei - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Ujong Pasir awal pagi...
MPHTJ PERGIAT OPERASI TEMBAK GAGAK
AYER KEROH 4 Mei - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) giat melaksanakan Operasi Tembak Gagak di beberapa lokasi sekitar...
DARI TEPI JALAN, KINI MILIKI BENGKEL MAKANAN SEJUK BEKU
ASAHAN 5 Mei - Daripada bermula dengan operasi secara kecil-kecilan, seorang pengusaha makanan sejuk beku kini mampu menarik nafas lega...
WRUR AYER MOLEK: DUA BERANAK TERSENTUH DIBANTU MAIM
AYER MOLEK 5 Mei - Keprihatinan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membawa sinar baharu kepada kehidupan dua beranak apabila kediaman...
WRUR AYER MOLEK: TERNAKAN BERKELIARAN DOMINASI ADUAN RAKYAT
AYER MOLEK 5 Mei - Isu berkaitan haiwan ternakan berkeliaran antara aduan yang paling banyak diterima pada Program Wakil Rakyat...
JEJAK TINGGALAN SEJARAH LESONG BATU
MACHAP JAYA 4 Mei - Sebuah peninggalan lama yang masih kekal berdiri di Kampung Ulu Melaka Pindah terus menjadi perhatian...
