
Ketua Pembangkang tidak hadir Sidang DUN
AYER KEROH 13 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub tidak hadir ke Persidangan Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Ke-15, yang bermula hari ini.
Dr Mohd Yadzil yang juga Ketua Pembangkang DUN Melaka, tidak hadir kerana masalah kesihatan.
Ketidakhadiran beliau menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadiri persidangan itu seramai 27 orang.
Terdahulu, Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum dalam ucapan pembukaan memaklumkan terdapat dua usul akan dibentang dan dibahaskan sepanjang empat hari bersidang bermula hari ini hingga Khamis ini.
Pembentangan usul-usul adalah berkaitan Tabung Amanah Melaka serta penubuhan Tabung Amanah Perbadanan Ketua Menteri (CMI).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF TITIP TIGA PESANAN KEPADA GENERASI MUDA MELAKA
LENDU 7 Mac - Mengejar ilmu, memelihara integriti dan menanam rasa cinta kepada negara antara tiga pesanan utama Ketua Menteri...
MELAKA MAHU LAHIRKAN PEMIKIR MUDA BERINTEGRITI
LENDU 7 Mac - Pelajar Tingkatan Enam di negeri ini disaran untuk menjadi pemikir muda yang berintegriti serta mampu menilai...
AL-AZHAR SETUJU JADIKAN UNIMEL PUSAT PASCASISWAZAH
PENGKALAN BATU 6 Mac - Al-Azhar Al-Sharif iaitu institusi pendidikan agama Islam terbesar dunia di Mesir bersetuju menjadikan Universiti Islam...
MELAKA PERUNTUK RM13.7 JUTA BELA KEBAJIKAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN, SYAWAL
PENGKALAN BATU 6 Mac - Sejumlah RM13.7 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi membela kebajikan rakyat memerlukan sempena Ramadan dan Syawal...
GAGASAN MESRA BUKTI KERAJAAN MELAKA SENTIASA DI SISI RAKYAT
PENGKALAN BATU 6 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) menjadi bukti bahawa Kerajaan Melaka sentiasa di sisi rakyat, berkongsi...
KABINET LULUS KERTAS DASAR TUBUH SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA
PENGKALAN BATU 6 Mac - Kebajikan pekerja 1.2 juta pekerja gig di negara ini bakal terbela selepas jemaah menteri meluluskan...
