
Tiada keperluan rombak Exco – KM
GADEK 20 Mac – Tiada keperluan untuk membuat rombakan Exco Kerajaan Negeri pada masa ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada akan membuat rombakan Exco susulan keputusan pemilihan UMNO hujung minggu lalu.
Sulaiman mengesahkan tiada rombakan Exco akan dibuat dalam tempoh terdekat.
“Kenapa nak rombak, (Exco) yang ada ni buat sahaja kerja seperti biasa, kecuali prestasi mereka kurang baik, barulah kita boleh rombak.
“Mereka (Exco sedia ada) tiada masalah, kerjalah seperti biasa. Yang penting mereka ‘perform’ dengan portfolio yang diberikan.
“Buat masa ni belum ada cadangan (rombakan Exco),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kompleks Kolam Air Panas Gadek, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
