
JAWI siasat penganjuran ‘Thai Hot Guy’
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Β Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran program ituΒ adalah bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat.
βDalam suasana umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan, penganjuranΒ acara berkenaan adalah amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab,β katanya dalamΒ kenyataan di sini hari ini.
Mohd Na’imΒ berkata selaku pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan, JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata pihaknya juga telah menerima laporan serta maklum balas masyarakat berkaitan penganjuran acara itu yang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak di sini.
Ahad lepas, poster pelancaran acara itu yang menampilkan lelaki berpakaian wanita disiarkan di media sosial, sekali gus mengundang reaksi negatif pelbagai pihak. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


