
179 mangsa banjir dipindahkan ke empat PPS di Larut Matang dan Selama
IPOH, 26 Mac – Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan malam tadi.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.
“Selain itu, seramai 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.
“PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada jalan yang terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.
Katanya sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN SARAWAK BUBAR BERKUAT KUASA 26 OKTOBER – ABANG JOHARI
KUCHING 23 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Okt, bagi memberi laluan kepada Pilihan...
SEBALIK DERITA KANAISEN, ‘YB ALONG’ HADIR BAWA SINAR
ASAHAN 23 Oktober – Ketika dia dalam kelelahan menanggung pelbagai beban dan dunia umpama meminggirkan dirinya, P Kanaisen, 58, menderita...
CSR ZOO MELAKA: BERBAKTI SAMBIL MENIKMATI ALAM
AYER KEROH 23 Oktober – Keluar daripada rutin pejabat untuk menanam pokok, mengecat dan membersihkan persekitaran zoo memberi pengalaman berbeza...
RINDU MASAKAN SARAWAK, ROHADATUL BINA PERNIAGAAN AYAM MADU BORNEO DI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Bermula dengan kerinduan dan mengidam untuk menjamah ayam madu Borneo mendorong Rohadatul Atsy Abdullah, 45,...
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
PRN MELAKA: ‘BUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRI’ – AB RAUF
AYER KEROH 23 Oktober – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai...
