Menu Rahmah di bazar Ramadan serendah RM4.50 – KPDN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus Menu Rahmah dijual di bazar Ramadan di negeri ini.

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata setakat ini hanya terdapat tiga bazar Ramadan menjual menu berkenaan iaitu di Lendu, Masjid Tanah, Merlimau dan Taman Cempaka Peringgit.

“Kita dah bercakap dengan semua penganjur bazar Ramadan, sekurang-kurangnya ada lah satu Menu Rahmah di setiap bazar, tak banyak (namun) tidak mengapa kerana jualan Menu Rahmah ini bersifat sukarela.

“Sebab itu sasaran kita 30 peratus Menu Rahmah yang dijual, sekarang pun kita sedang buat semakan siapa peniaga yang menjual menu ini sebab ada antara mereka tidak maklumkan kepada KPDN.

“Masa kita ‘walkabout’ di bazar Ramadan ada yang menawarkan Menu Rahmah seperti nasi ayam, nasi ayam goreng berempah dengan harga serendah RM4.50 dan RM5,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Dalam pada itu Norena menggalakkan agar kesemua peniaga bazar Ramadan di negeri yang ingin menjual menu Rahmah memaklumkan kepada KPDN.

“Ada sesetengah peniaga ini tidak maklumkan kita mereka jual menu Rahmah, jadi kita tidak dapat bantu menguar-uarkan kepada orang ramai gerai mereka.

“Mereka nak buat ikut mereka sahaja, ada yang niaga bukan sepanjang bulan Ramadan kerana menu ini atas sukarela peniaga itu sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2784
Kongsi :
Previous post 179 mangsa banjir dipindahkan ke empat PPS di Larut Matang dan Selama
Next post Polis tahan penyewa lelaki terlibat kes penemuan puluhan bangkai kucing
Ubah saiz-+=