
Banduan bunuh rakan satu sel didakwa
MELAKA, 29 Mac — Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh rakan satu sel selepas terbabit dalam pergaduhan di Kompleks Penjara Sungai Udang, Februari lepas.
Mohd Fahrur Radzi Chahat, 34, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia, Paidi Atmok Sukar, 47, di sebuah bilik di Tingkat 1, Zon A, Blok Cekal Kompleks Penjara Sungai Udang, kira-kira 2.15 petang pada 17 Feb lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan memperuntukkan hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Banusha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Mazana menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pada 24 Feb lepas, media melaporkan seorang banduan warga Indonesia berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas tujuh hari menerima rawatan akibat kecederaan selepas bergaduh dengan rakan satu sel di Kompleks Penjara Sungai Udang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAKTI TOKOH MAAL HIJRAH WAJAR JADI SURI TELADAN – AB RAUF
TELOK MAS 16 Jun – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM68,000 bagi menghargai dan mengiktiraf 13 Tokoh Maal Hijrah atas jasa...
RM6.87 JUTA NAIK TARAF 134 INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM DI MELAKA
TELOK MAS 16 Jun – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM6.87 juta bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penambahbaikan kemudahan...
WRUR TELOK MAS: NELAYAN HARGAI KEPRIHATINAN TOK AJAK
TELOK MAS 16 Jun – Kehidupan sebagai nelayan yang bergantung kepada hasil laut dan cuaca tidak menentu menjadikan setiap bentuk...
WRUR TELOK MAS: 4 TOKONG TERIMA BANTUAN UTILITI SEJAK 2021
TELOK MAS 16 Jun – Empat tokong dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima bantuan pembayaran utiliti sejak tahun...
TIADA LAGI ‘DONUT’, ‘LINE SIPUT’ DI TAMAN SERI JERAM
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Pembinaan sebuah menara telekomunikasi di Taman Seri Jeram, Masjid Tanah menjadikan kawasan itu dan sekitarnya...
80 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DIBINA SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Jun - Komitmen Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh untuk mendigitalkan Melaka diterjemahkan menerusi pembinaan...
