
34 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan wang kripto
KUALA LUMPUR, 19 April – Polis menahan 34 individu termasuk lapan warga China, seorang warga Filipina, dan seorang warga Indonesia, yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian selepas menyerbu sebuah premis di Jalan Tun Razak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kesemua mereka yang dalam lingkungan umur 21 hingga 68 tahun dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan dan pengurus dengan menerima gaji RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.
Beliau berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas masing-masing tujuh unit komputer, komputer riba serta iPad; dan 49 unit telefon bimbit yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan mereka.
“Siasatan awal mendapati kesemua ahli sindiket itu menawarkan pelaburan mata wang kripto menggunakan platform Multi Level Marketing dengan memuat turun aplikasi melalui pautan yang diberikan oleh sindiket bagi tujuan pelaburan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya sindiket terbabit dipercayai telah beroperasi selama dua bulan di sekitar bandar raya ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAPAZOLA ‘HALAL DI HATIKU’ GAMATKAN MIHF’26
Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad AYER KEROH 8 Ogos – Lebih 50 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun mengambil bahagian dalam...
MIHF’26 BUKA LALUAN USAHAWAN TEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 8 Ogos - Melaka International Halal Festival 2026 (MIHF'26) menjadi platform strategik kepada usahawan tempatan dan antarabangsa untuk...
‘BERMODALKAN’ KEMAHIRAN, ANAS BINA EMPAYAR PENYAMAN UDARA
PAYA RUMPUT 8 Ogos - Bermodalkan kemahiran teknikal dan keberanian mencuba, Muhammad Hanaffi Saleh, 35, atau mesra dengan panggilan Anas...
MANFAAT RAKYAT JADI ‘SCORECARD’ SEBENAR MELAKA
AYER KEROH 8 Ogos - Kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan agenda pembangunan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian di atas kertas...
‘RC POWER BOAT’ SERLAH POTENSI BAHARU TASIK CHINCHIN
RIM 8 Ogos - Sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 100 penggiat dari seluruh negara termasuk Thailand, Singapura dan Emiriah Arab...
MELAKA GARIS 7 INISIATIF PERKUKUH EKOSISTEM INDUSTRI HALAL
AYER KEROH 8 Ogos - Kerajaan Negeri menggariskan tujuh inisiatif utama bagi memperkukuh ekosistem industri halal Melaka, sekali gus memastikan...
