
Kedai di Jonker Walk terbakar lagi
BANDA HILIR 1 Mei – Sepasukan 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka mengambil masa lebih tiga jam memadam kebakaran membabitkan sebuah premis kosong berusia ratusan tahun di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jonker Walk, di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan premis dua tingkat berkeluasan 18×70 kaki persegi yang musnah kira-kira 30 peratus.
Jurucakap JBPM Negeri Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada jam 11.43 pagi sebelum tiga jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Padang Temu dan BBP Cheng bergegas ke lokasi kebakaran.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati benar berlaku kebakaran di tingkat satu premis tidak berpenghuni itu.
“Operasi pemadaman kemudian dijalankan dengan pasukan bomba mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan,” katanya.
Menurutnya, sehingga jam 2.45 petang operasi pemadaman masih dijalankan ia bagi memastikan tiada kemerbahayaan berlaku di premis itu dan kedai-kedai sekitarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU
AYER LIMAU 11 September - Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna...
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
