
Ziarah kasih ukir senyuman
MASJID TANAH 25 Okt. – Jelas kelihatan senyuman di wajah Siti Robiah Enchik sebaik menerima kehadiran rombongan Ziarah Kasih Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali ke rumahnya hari ini.
Siti Robiah, 56, yang menghidap penyakit buah pinggang kini hanya menghabiskan masa seharian di kediamannya di Kampung Air Hitam Darat, di sini.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, urusan hariannya kini dibantu adik lelakinya kerana tidak sekuat sebelum ini memandangkan dia terpaksa berjauhan dengan suami dan anak susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
“Sekarang ini saya tidak seperti dulu, walaupun boleh berjalan tetapi tidak larat untuk lakukan kerja rumah.
“Alhamdulillah, gembira rasanya apabila ketua menteri bersama speaker sudi datang melawat serta menyampaikan sumbangan,” katanya.
Hadir sama pada ziarah kasih itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Wira Latipah Omar.
Selain, Siti Robiah, Sulaiman turut meluangkankan masa melawat dan bertanya khabar tiga lagi penduduk serta turut menyampaikan sumbangan.
Views:
Related

Berita Lain
FSSSM: PASAR SALOMA JADI TARIKAN, IMBAU NOSTALGIA 60-AN
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Menempatkan lebih 40 gerai termasuk gerai jualan makanan, Pasar Saloma yang akan diadakan bersempena Festival...
LEBIH 200 PROGRAM SEMARAK WRUR DURIAN TUNGGAL
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Lebih 200 pengisian program disusun sepanjang dua minggu pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PUSAT KECEMERLANGAN PENERBANGAN MELAKA BAWA NILAI PELABURAN LEBIH RM300 JUTA
SERI BENDAHARA 23 Oktober - Pembangunan Pusat Kecemerlangan Penerbangan Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam bakal membawa...
MELAKA HAB BAHARU LATIHAN, PENYELENGGARAAN PENERBANGAN SERANTAU
SERI BENDAHARA 23 Oktober - Melaka bakal gah berdiri sebagai hab penerbangan dan pendidikan teknikal serantau menerusi pembangunan Pusat Kecemerlangan...
MBMB TAMBAH BAIK KAWASAN NIAGA PANTAI PUTERI DEMI KESELESAAN, KESELAMATAN
AYER KEROH 23 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tampil memberi penjelasan berhubung isu berkaitan penjaja di Pantai Puteri...
MELAKA SASAR 90 PERATUS KEPUASAN RAKYAT MENJELANG 2026
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Kerajaan Negeri menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) baharu bagi memperkukuh kecekapan dan integriti pentadbiran iaitu...