
Rombakan kabinet hak mutlak, budi bicara perdana menteri – Ahmad Zahid
PUTRAJAYA, 27 Mei – Sebarang rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) Kabinet untuk melakukan rombakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang tersebar mengenai kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merombak barisan Jemaah Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Sementara itu semasa dirujuk mengenai prestasi jemaah menteri ketika ini, Ahmad Zahid berkata pada pandangannya semua menteri telah melaksanakan tugas dengan baik.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CIKGU MUS MAHU PINTU AIR GANGSA DIBUKA LEBIH AWAL, JANGAN TUNGGU PARAS BAHAYA
SERI NEGERI 18 November - Pembukaan pintu kawalan air di kawasan Gangsa lebih awal daripada kebiasaan dicadangkan sebagai langkah mitigasi...
BUKAN SOAL JAWATAN EXCO, KHIDMAT RAKYAT JADI KEUTAMAAN ‘AH SEM’
SERI NEGERI 18 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua...
SITI AISYAH PANTAU ISU LAPAN RUMAH RETAK, MAHU TINDAKAN SEGERA
PENGKALAN BATU 18 November - Lapan kediaman di Lorong Peringgit Ria dikenal pasti mengalami keretakan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan...
BANJIR UJIAN PERTAMA RAFIE DI PAYA RUMPUT, MAHU SALIRAN DISENGGARA 4 KALI SETAHUN
SERI NEGERI 18 November - Isu banjir kilat yang berulang sehingga dua hingga tiga kali setahun di beberapa kawasan menjadi...
MAIM SUMBANG ALAT SIAR RAYA KEPADA 30 SEKOLAH HASIL DANA TABUNG AMAL JARIAH
PENGKALAN BATU 18 November - Sebanyak 30 sekolah terpilih di negeri ini menerima sumbangan alat siar raya (PA sistem) bernilai...
EXCO MELAKA ANGKAT SUMPAH ESOK
SERI NEGERI 18 November - Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka bagi penggal baharu dijadual berlangsung esok....
