
Masih ramai rakyat kurang peka – MBMB
BACHANG 27 Okt. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat Pemantauan Pematuhan Operasi Standard (SOP) norma baharu secara kendiri oleh orang ramai yang berkunjung ke Pasar Besar MBMB, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pemantauan mendapati orang ramai masih datang bersama keluarga dan kurang peka dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita menyeru orang ramai yang hadir ke tempat sesak elakkan membawa warga emas dan kanak-kanak bagi mengekang penularan pandemik COVID-19
“Patuhi arahan dan SOP yang dikeluarkan MKN, keprihatinan dan kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan Bandaraya Melaka Bersejarah tidak terdedah dengan penularan wabak ini,” katanya.
Pemantauan dan semakan ‘Pematuhan Kendiri’ (self-regulatory) di Pasar Besar MBMB itu dilakukan Inspektor Kesihatan dan Penguatkuasa MBMB.
Views:
Related


Berita Lain
KUALA LINGGI PEMANGKIN EKONOMI BIRU, POLITEKNIK RM400 JUTA BAKAL DIBINA
TANJUNG BIDARA 27 Oktober - Pembangunan Kuala Linggi sebagai hab pendidikan dan ekonomi biru bakal memperkukuh potensi Parlimen Masjid Tanah...
PRN MELAKA: PERBINCANGAN BN MELAKA-MCA POSITIF, BERJAYA LERAI KEBUNTUAN
TANJUNG BIDARA 27 Oktober – Perbincangan antara Barisan Nasional (BN) Melaka dan MCA yang berlangsung malam tadi disifatkan positif, namun...
TIGA ASPEK UTAMA PERKASA JELITA – TPM
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Tiga aspek utama merangkumi keperluan industri, laluan selepas latihan serta penilaian perubahan kehidupan peserta perlu...
‘JELITA’ BUKA LALUAN WANITA KUASAI KEMAHIRAN DALAM 12 JAM
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Latihan intensif selama 12 jam menerusi Program 'Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement'...
KEMAS PERLU BERUBAH, JANGAN SEKADAR LAKSANA PROGRAM – TPM
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu mengubah pendekatan pembangunan masyarakat dengan mengutamakan impak sebenar kepada rakyat,...
NAIK TARAF BULATAN LUBOK CHINA DALAM PROSES LANTIK KONTRAKTOR
AYER LIMAU 27 Oktober - Projek naik taraf bulatan Lubok China bagi mengurangkan risiko banjir di laluan berkenaan bakal dimulakan...
