
Mohd Ridhwan teraju kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia
AYER KEROH 7 Jun – Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Datuk Ridhwan Mohd Ali kini dilantik sebagai Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia yang ke-7, baru-baru ini.
Mohd Ridhwan,37, telah dilantik menyandang jawatan itu menerusi Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kali 42 dan 43 yang diadakan di Selangor pada 27 Mei lalu.
Pelantikan itu sekali gus menggantikan pemangkunya iaitu Fahami Asrof Badaruddin dengan tempoh lantikan berkuatkuasa sehingga 2025.
Beliau yang berpengalaman dalam kepimpinan belia di Melaka dan negara sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mohd Ridhwan turut berpengalaman dalam kepimpinan membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka bagi memperjuangkan pembangunan belia di negeri ini.
Anak jati Hang Tuah Jaya yang merupakan Pengurus Besar Yayasan Melaka turut menyandang beberapa perjawatan NGO antaranya, Pengerusi Koperasi MGBM Melaka, Presiden Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka, Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) serta pelbagai lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka dijangka melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM28.45 juta. Pengerusi Suruhanjaya...
PRN MELAKA: SPR PERKENAL SISTEM OCR-VA, PERCEPAT SEMAKAN KEHADIRAN PENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan pelaksanaan projek rintis Sistem Optical Character Recognition – Voter...
MELAKA MEMILIH PADA 14 NOVEMBER, 687,697 RAKYAT LAYAK MENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 14 HARI TEMPOH BERKEMPEN
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas...
PRN MELAKA: 271 PUSAT MENGUNDI, 1,263 SALURAN DIBUKA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Sebanyak 271 pusat mengundi akan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan...
PRN MELAKA: 11,175 PETUGAS PILIHAN RAYA DILANTIK
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Seramai 11,175 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
