
Pasukan SAR laung azan sebelum jumpa Naufal dalam keadaan selamat
IPOH, 24 Jun – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar tahfiz berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai, Gerik melaungkan azan sebelum menemukan pelajar itu dalam keadaan selamat, pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris dijumpai pada 10.49 pagi ini, kira-kira dua kilometer dari lokasi motosikal yang ditinggalkan mangsa ditemukan.
“Pasukan SAR pada pagi ini dipecahkan kepada lapan kumpulan yang disertai pelbagai agensi seperti JBPM, PDRM, PGA dan orang awam. Gerak kerja dimulakan dengan membuat laungan azan oleh Pegawai Operasi PKpgB Hasna Rashid.
“Lokasi berkenaan sebelum ini juga telah pun dibuat pencarian namun mungkin situasi mangsa yang bergerak menyebabkan dia tidak ditemukan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa ditemukan dalam keadaan lemah.
Terdahulu, operasi hari keempat diteruskan hari ini dengan kekuatan anggota 94 orang termasuk polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI SEKOLAH: MACAM-MACAM PROGRAM MENARIK ADA DI MUZIUM MELAKA
AYER KEROH 26 Mei - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pelbagai promosi tiket, program interaktif dan aktiviti berunsur warisan budaya...
AIDILADHA: MAIM TUMBANG DUA LEMBU KORBAN UNTUK ORANG ASLI
AYER KEROH 26 Mei - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menumbangkan dua ekor lembu untuk komuniti Orang Asli di...
SUAMI ISTERI ‘HIDUPKAN’ TANAH TERBIAR DENGAN CILI KULAI
ASAHAN 26 Mei - Tapak terbiar di Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan yang sudah lama sunyi kini kembali hidup...
TAMAN PERMAINAN SDG PARK UNTUK KANAK-KANAK 7 HINGGA 12 TAHUN
PAYA RUMPUT 26 Mei - Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memantau isu Taman Permainan Kanak-Kanak SDG...
ORANG ASLI MACHAP JAYA UBAH ‘BAHAN RIMBA’ JADI PERMATA
MACHAP JAYA 26 Mei - Di Kampung Orang Asli Bukit Besar yang dikelilingi pokok hutan dan jauh daripada pembangunan, kisah...
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR ANJING LINTAS JALAN
LENDU 26 Mei - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Masjid Tanah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di...
