
PM gesa individu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Presiden Pas mohon maaf
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seorang pengguna media sosial yang membuat ciapan biadab terhadap keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, supaya memohon maaf dengan segera.
Anwar menerusi ciapan di Twitter lewat malam tadi, turut menyatakan kekesalan berhubung tindakan individu berkenaan.
“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.
Akaun twitter @Zaki_Yamani_ menerusi ciapannya semalam, mendoakan supaya Abdul Hadi, yang dilaporkan sedang mendapat rawatan di hospital, supaya diambil nyawanya.
Lelaki itu turut berharap perkara yang sama, berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehingga pagi ini, individu berkenaan masih tidak memadam ciapan itu serta tidak memohon maaf.
Semalam, Muhammad Khalil, anak Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya memohon doa orang ramai dan solat hajat khusus untuk kesembuhan pemimpin PAS berkenaan, yang kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
PRN MELAKA: ‘TAK BERTANDING TAK APA, YANG PENTING BN MENANG’ – DR. AKMAL
JASIN 24 Oktober - Ketua UMNO Bahagian Jasin Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan kesediaannya menerima apa juga keputusan pucuk...
PRN MELAKA: AB RAUF MAHU BN-PAS BERGERAK SEIRING, JANGAN ADA DUSTA
JASIN 24 Oktober - Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu diterjemahkan...
PRN MELAKA: BN SASAR TAMBAH DUA HINGGA TIGA – AB RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan penambahan dua hingga tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
LIMA DUN PARLIMEN JASIN MESTI KEMBALI KE PANGKUAN BN – TOK RAUF
JASIN 23 Oktober – Barisan Nasional (BN) menyasarkan untuk merampas semula kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen...
